TALI PENGIKAT KAMERA EGONOMIK - Teknik DLSR

Story OF DLSR

Sunday, 18 November 2018

TALI PENGIKAT KAMERA EGONOMIK

PENGIKAT KAMERA ERGONOMIK
Tempoh hari semasa merayau-rayau kat Lazada terjumpa satu produk dan dalam bahasa inggerisnya ialah Portable Camera Double Strap Neck Shoulder Vest Anti-slip Belt.

Ianya sebuah produk untuk menggantung kamera DLSR anda. Jika kita guna  kamera DLSR selalunya kita akan gantung kamera kat leher atau gulungkan tali di pergelangan tangan.

Itu standard yang biasa fotogarfer buat jika mengambil gambar tetapi apabila kau gunakan lensa yang panjang dan berat bila gantung kat leher memang terasa sakit tengkuk dan tidak selesa.

Jika kau pegang kat tangan pula, lenguh pula. Dan paling teruk ia berpotensi jatuh dan merosakkan kamera ini.


Satu lagi masalah ialah bila kau memanjat atau lepak kat kedai, tak tahu nak letak mana kamera ini. Letak atas meja takut terjatuh pula, mahu tak mahu gantung kat leher ler.. Apatah lagi kalau memanjat, terpaksa memanjat guna satu tangan atau masukkan dalam beg kamera.


Bila lihat di Lazada ada jual alat menggantung kamera ini aku berminat. Sebenarnya dah lama kau tahu tentang pengikat kamera ini tapi harga yang dijual kali ini lebih murah maka aku rasa tak salah aku beli kan.

Tadi ia dah sampai, dan aku pun dah test pakai. Ia memang sesuai digunakan untuk aku cuma masalahnya ia terbuai-buai pula. Kena gantung kasi pendek sikit kot. Tapi overall ia memang ergonomik dan sedap memakainya.


Produk yang aku beli ini punyai connector untuk dua DLSR tapi aku pakai satu ajer ler. Aku memang ada dua kamera, kalau gantung dua-dua macam belagak pula...hahahahaha

PENGIKAT KAMERA ERGONOMIK

PENGIKAT KAMERA ERGONOMIK

PENGIKAT KAMERA ERGONOMIK

No comments: