Gambar Makro Menggunakan Extension Tube - Teknik DLSR

Story OF DLSR

Wednesday, 25 April 2018

Gambar Makro Menggunakan Extension Tube

Salam satu Blogger. Disebabkan aku ini sedang menjakunkan diri dengan teknik makro fotografi.

Disini aku hendak tunjukkan beberapa gambar makro yang aku ambil dengan mengggunakan Extension Tube Manual berharga RM50 sahaja.

Gambar ini tak berapa cantik dan memerlukan latihan demi latihan baru mendapatkan hasil yang kita kehendaki.

Cuma aku nak beritahu kepada peminat-peminat makro atau baru hendak menceburkan diri dalam bidang makro boleh beli extension tube ini untuk suka-suka.

Jika anda hendakkan magnifier yang lebih besar, extension tube ini boleh disambung-sambung lagi...hehehehe. dan boleh digunakan pada semua lensa yang anda miliki..

Cuma masalah penggunaan makro ini musuh utama ialah pencahayaan, terpaksa guna ISO tinggi dan Shutter Speed rendah sikit. Tapi jika anda kreatif boleh gunakan lampu flash anda.
Dan Canon pula, harus setting aperture dulu di lensa sebelum anda sambungkan extension tube.

Selamat bermakro!!!!

Semut Tengah Buat Lawak Lucah Dengan Aku...hemmmm
Apa pandang-pandang
Kapal terbang Air Asia
Burung Langkawi

No comments: