Cara Mengambil Gambar Makro - Teknik DLSR

Story OF DLSR

Tuesday, 24 April 2018

Cara Mengambil Gambar Makro


Salam Satu Blogger. Hari ini hendak menurunkan sedikit ilmu yang saya dapat dari GURU saya bagaimana mengambil gambar makro.
Sebenarnya mengambil gambar makro ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Memang melecehkan tapi berbaloi jika hasilnya menjadi.

Pertamanya terima kasih pada rakan aku Noazwan yang meminjamkan Pepatung koleksinya. Sampai sekarang aku tak faham apa tujuannya dia menyimpan pepatung mati tersebut..hehehehhe. Kalau anda perasan kaki pepatung tersebut penuh dengan habuk...hehehehehehe.

Kedua terima kasih kepada rakan aku Razak meminjamkan tripod mahal dia pada aku. tanpa tripod tak mungkin aku dapat ambil gambar eksperimen ini...hehehehhee. Bro, pinjam lagi 2 hari yek....hahahahaha.

Bagaimana Mengambil Gambar Makro

Pastikan mempunyai:
a) Extension Tube
b) Pepatung
c) Tripod
d) Bekas

Itu sahaja yang diperlukan untuk mengambil gambar makro yang baik. Tak perlu flash yang mahal sangat.

Step 1
Ambil pepatung dan letakkan seiring dengan lensa.
Masalah penggunaan extension tube ialah jarak objek dan lensa paling minimum ialah 4 inci.



Step2
Gunakan fungsi Live View Mode untuk fokus gambar pepatung tersebut. Kalau menggunakan cara biasa untuk fokus amatlah sukar untuk menfokus secara manual.
Gunakan video dan fokus secara manual.
Masalah guna extension tube ialah anda kena fokus secara manual.....hehehehehe

Step 3
Masalah utama teknik makro ialah pencahayaan. Anda terpaksa rendahkan shutter speed serendah yang mungkin dan tinggikan ISO hingga dalam Live View Mode anda boleh melihat objek

Step 4
Masalah apabila anda rendahkan Shutter Speed ialah semasa ambil gambar ia akan bergoyang. Itulah gunanya tripod. Pasangkan tripod pada kamera dan fokus pada pepatung.
Set timer 2 second.
Tujuan timer ialah apabila anda mengetik punat ia akan fungsi selepas 2 saat, oleh itu kamera itu stabil tak bergoyang diatas tripod.

Step 5
Jika focusing cantik!!!
Timer dah set 2 second.
Tripod dalam kedudukan kukuh !!!
Mula mengetik gambar...
Dan proses ini akan berterusan sehingga anda puas dengan angle dan pencahayaan anda. Jika nak kurangkan cahaya hanya ubah ISO sahaja. lagi rendah ISO maka lagi kurang noise... 

Saya harap murid-murid faham apa yang cikgu amatur ini ajar..hehehehhe
Dalam fotografi apa yang membezakan kita ialah imaginasi..
Ada skill tapi kurang imaginasi pun tak best juga..hahahahhahaha.

Dalam fotografi tiada siapa yang terer!!!!
Selamat belajar dan jika anda mempunyai teknik lagi baik , boleh berkongsi dengan saya.

No comments: